Amalan Yang Harus Dilakukan Apabila Memasuki Rumah Baru
Sekiranya kita baru menduduki sebuah rumah baru atau lama, adakalanya kita merasa bimbang akan gangguan dari makhluk halus seperti jin dan sebagainya yang mendiami rumah itu terutamanya rumah yang telah lama tidak dihuni. Untuk mengelakkan dari sebarang gangguan itu, marilah kita sama-sama berusaha melakukan amalan yang ingin dikongsikan bersama.
InsyaAllah...
InsyaAllah...
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru atau baru menduduki rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Banyakkan Solat dan Membaca surah
Al-Quran
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan
agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam
rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang
bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat
dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
Amalkan membaca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas setiap
malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau
bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah
Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali,
tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
3. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau
menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu
di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan
bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara
keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang
bertentangan di sisi Islam.
bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan
digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah'
dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah'
dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
1. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi,
Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).
2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga
habis nafas.
3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru
rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan
dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam
habis nafas.
3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru
rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan
dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam
0 ulasan:
Catat Ulasan