Selasa, Julai 24, 2012

Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Sollaahu 'Alaihi Wa Sallam


Assalamualaikum dan salam serta selawat ke atas Nabi besar junjungan Muhammad S.A.W




Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang 
disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan 
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang 
yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah 
salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat 
banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan 
dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa 
yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah 
(s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat 
Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2.  Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia 
yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah 
bin Mas’ud r.a]

3.  Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 
sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Oleh kerana itu, ulama dalam memperhalusi persoalan selawat ke atas 
Nabi Muhammad itu wajib atau sunat, tidak berlaku khilaf (perselisihan) 
daripada kalangan ulama, bahawa salawat ke atas Nabi Muhammad 
adalah wajib, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam hidup 
seharian, bersalawat adalah sunat muakkad.

Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau 
berkata, "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut 
selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah 
diangkat doa tersebut.

Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana 
penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas 
Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-
malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya salawat 
ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut