Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Di kalangan kita ada orang-orang yang telah berpuluh tahun menunaikan solat tetapi sehingga hari ini masih belum mengerti maksud setiap bacaan dalam solat itu sendiri. Hal ini terjadi kerana kita kurang mengambil berat tentang makna bacaan tersebut. Padahal dengan memahami bacaan dalam solat, ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk menunaikan solat.
Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu
di akhiratoleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu)
orang-orang yang lalai dari solatnya."
Surah al-Ma'un : ayat 4-5
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi
yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu
lalai dalam sembahyangnya."
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam
sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu
merupakan
"munajat" (berdialog dan berbisik)
seorang hamba
terhadap Tuhannya.
Doa Iftitah
اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
. إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ
Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku kuserahkan
hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya.
Dan dengan demikian aku ditugaskan,
dan aku adalah dari golongan
orang-orang Muslim (Islam).
Al-FATIHAH
أعوذ باالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah yang
Maha Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan seluruh alam
الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
مَالِكِ يَومِ الدِّينِ
Yang Menguasai Hari Akhirat (Hari Pembalasan)
اِيَّاكَ نَعبُدُ وَاِيَّاكَ نَستَعِينُ
Hanya kepada Engkaulah kami sembah (tidak kepada selain-Mu)
dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
(tidak kepada selain-Mu)
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (benar)
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan
bukanlah jalan orang yang Engkau murkai
(seperti Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (seperti Nasrani)
Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia
dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan Ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi
dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
رَبِ ّاِغْفِرْليِِْ
Ya Allah, ampunilah daku,
وَارْحَمْنِيْ
Rahmatilah daku,
وَاجْبُرْنِيْ
Kayakan daku,
وَارْفَعْنِيْ
Angkatlah darjatku,
وَارْزُقْنِيْ
Rezekikan daku,
وَاهْدِنِيْ
Berilah aku hidayah,
وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Sihatkanlah daku dan Maafkanlah akan daku.
Bacaan Ketika Tahiyat Akhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ
Segala penghormatan yang berkat solat
yang baik adalah untuk Allah.
، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya.
السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba
Allah yang soleh.
. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى
سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
Berkatilah ke atas Muhammad dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.
0 ulasan:
Catat Ulasan