Rabu, Julai 25, 2012

Ibadat dalam diam-diam

Dirawayatkan dari Nabi s.aw:


Apabila sudah hari kiamat,
maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.
Penjaga syurga bertanya kepada mereka: Siapakah kamu sekelian? Mereka menjawab: Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w. Penjaga syurga bertanya: Apakah kamu mengetahui hisab? Mereka menjawab: Tidak Kemudian penjaga syurga bertanya lagi: Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)? Mereka menjawab: Tidak Penjaga syurga bertanya lagi: Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini? Mereka menjawab: Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut