Khamis, September 27, 2012

AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W


JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
 CARA MAKAN
A.  Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu baru makan nasi.
B.  Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
C.  Jangan sesekali tinggal makan malam, barang siapa yang tinggal makan malam, dia akan di makan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion (+) sedangkan dalam ikan mengandung ion (-) , jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.  Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

10 SURAH YANG MUJARAB AMALAN NABI MUHAMMAD S. A. W.

 Bacalah AL-QURAN bagi menerangi HIDUP mu
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Rabu, Ogos 01, 2012

Cara-cara Membersihkan Hati

Beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu- allah" sebanyak 3X. 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka). 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!). 8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 14. Berkawan dengan ulama. 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 16. Pesan pada orang, jadi baik. 17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Rabu, Julai 25, 2012

Yassin

Yasin 7 mubin
“sesungguhnya AlQuran itu terlalu banyak mukjizatnya...yg tak mampu dicapai akal manusia...”
“Manusia sentiasa diberi dugaan untuk menjalani hidup dimuka bumi Allah, jika kamu diberi ujian makanya Allah sangat mengasihi kamu dan ingin mengingati kamu betapa besarnya kejadian Allah di muka bumi ini. Allah Maha Agung. Allah Maha mengetahui. Tiada yg mampu menandinginya...”
Al-Israa’ 44; langit yg tujuh dan bumi serta sekelian makhluk yg ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya

DALAM SURAH YAASIN,TERDAPAT TUJUH TEMPAT PERKATAAN 'MUBIN' IAITU PADA AYAT
(1) 12, (2) 17, (3) 24, (4) 47, (5) 60, (6) 69 DAN (7) 77.

Yaasin 7 mubin ini selalu digunakan untuk mendapatkan semula brg yg
hilang (YAASIN 7 MUBIN DIBACA DGN KADAR SEGERA,24 JAM DR TEMPOH
KEHILANGAN),memanggil anak @ ahli keluarga yg lari dr rumah,
MELINDUNGI DIRI DR DIFITNAH @ DIZALIMI MANUSIA,PENDINDING DR
GANGGUAN JIN N SYAITAN,dibaca bg pesakit yg tenat (baca pd air untuk
diminum), SIHIR , SAKA , MEMINTA HUTANG , SELALU DIANIAYA DAN DITIPU DLL.

Testemoni

Kes 1) Jiran kehilangan brg kemas dlm almari, dibacanya y7m, selepas
mubin pertama diletaknya sebijik lada hitam ke atas bara lalu dia
berniat supaya org yg mencurinya memulangkannya kembali, diulangi
bakar sehingga mubin yg ketujuh. Nak dijadikan cerita, dia kehairanan
kenapa org gajinya mandi sampai 7-8 kali dlm 1 hari, merah padam
mukanya, bila ditanya katanya cuaca panas. Malam itu jiran sy
mendapati brg kemasnya telah dipulangkan, org gajinya yg telah
mencurinya.

Kes 2) lbh kurg sama trjd pd jiran yg lain, duit di curi di dlm rumah,
oleh org yg diknali kerana waktu itu mmg ada sanak saudara yg dtg
melawat, dia pun membuat y7m, dgn kaedah yg sama membakar lada hitam,
esok pagi ada seikat duit di dlm plastik di baling di hadapan pintu
oleh si pencuri tersebut.

Kes 3) kucing ibu sy dicuri org, jenis persian, kami telah menghantar
flyers di sekitar taman perumahan, telah menacrinya di merata2 tempat,
masuk hari ke empat ibu mbaca y7m, petang itu seorang jiran cina
menghantar kembali kucing kesayangan ibu itu dgn muka yg merah
menyala2

yasin 7 mubin saya pernah gunakan untuk mengembalikan barang kawan pompuan
saya yang hilang kena curi. spender dan baju dalam. sekali baca dah berantar balik...

Ibadat dalam diam-diam

Dirawayatkan dari Nabi s.aw:


Apabila sudah hari kiamat,
maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.
Penjaga syurga bertanya kepada mereka: Siapakah kamu sekelian? Mereka menjawab: Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w. Penjaga syurga bertanya: Apakah kamu mengetahui hisab? Mereka menjawab: Tidak Kemudian penjaga syurga bertanya lagi: Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)? Mereka menjawab: Tidak Penjaga syurga bertanya lagi: Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini? Mereka menjawab: Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.

Selasa, Julai 24, 2012

Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Sollaahu 'Alaihi Wa Sallam


Assalamualaikum dan salam serta selawat ke atas Nabi besar junjungan Muhammad S.A.W




Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang 
disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan 
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang 
yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah 
salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat 
banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan 
dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa 
yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah 
(s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat 
Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2.  Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia 
yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah 
bin Mas’ud r.a]

3.  Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 
sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Oleh kerana itu, ulama dalam memperhalusi persoalan selawat ke atas 
Nabi Muhammad itu wajib atau sunat, tidak berlaku khilaf (perselisihan) 
daripada kalangan ulama, bahawa salawat ke atas Nabi Muhammad 
adalah wajib, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam hidup 
seharian, bersalawat adalah sunat muakkad.

Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau 
berkata, "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut 
selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah 
diangkat doa tersebut.

Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana 
penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas 
Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-
malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya salawat 
ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam. 

Selawat Syifa' Penyembuh Penyakit


Assalamualaikum dan salam serta selawat ke atas Nabi besar junjungan Muhammad S.A.W

Selawat Syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.




Allahumma salli'ala Muhammad, tibbil qulubi wa dawaaeiha, 
wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha, 
wa nuril absari wa diyaaeiha, 
wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..

Isnin, Julai 23, 2012

Petua Menghindari Gangguan Ketika Menduduki Rumah Baru




Amalan Yang Harus Dilakukan Apabila Memasuki Rumah Baru



Sekiranya kita baru menduduki sebuah rumah baru atau lama, adakalanya kita merasa bimbang akan gangguan dari makhluk halus seperti jin dan sebagainya yang mendiami rumah itu terutamanya rumah yang telah lama tidak dihuni. Untuk mengelakkan dari sebarang gangguan itu, marilah kita sama-sama berusaha melakukan amalan yang ingin dikongsikan bersama. 
InsyaAllah...

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru atau baru menduduki rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.


2. Banyakkan Solat dan Membaca surah 

Al-Quran
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan 

agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam 
rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang 
bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat 
dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)



Amalkan membaca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas setiap 

malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau 
bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah 
Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, 
tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.




3. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau
menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu 
di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan 
bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara 
keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang 
bertentangan di sisi Islam. 
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan 
digalakkan mengikut ajaran Islam. 
Caranya ialah dengan 'memagar rumah'
dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: 
1. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, 

Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).
2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga 
habis nafas.
3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru 

rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan 
dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam 

Scan diri untuk mengesan Jin dalam diri dengan ayat-ayat Ruqyah



Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan ataupun budak-budak atau bayi suka menangis. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah 
penting untuk kita mengesan adakah badan kita 
ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba.

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan 
untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai 
Ayat-ayat Ruqyah
Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya 
pada insan yang memerlukan. InsyaAllah

Tujuan menggunakan  Ayat-ayat Ruqyah.

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3
 ini didalam rumah/premis perniagaan 
3x sehari atau pasangkan dari malam 
sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,
anda perlu pasangkan dengan kuat,
insyaAllah jin/syaitan akan lari dari 
mengganggu anak-anak anda.

3) Untuk merawat histeria, sihir,saka dan lambat jodoh,
sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan 
pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi
(kira-kira 1jam 20minit). 
Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan 
lakukan hari berikutnyasehingga air tadi habis.
Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan 
al insyirah 3x secara istiqomah.
Kemudian sebelah malamnya pula,
cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari 
malam sampai pagiselama sebulan.

4) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan 
yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk
3 hari berturut-turut.

5) Jika kita sering mengalami masalah malas dan 
badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 
3x sehari,insyaAllah kita akan cergas
 dan kembali bersemangat.    

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

    1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
    2 Al-Baqarah 1 1-5
    3 Al-Baqarah 1 102
    4 Al-Baqarah 2 163-164
    5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
    6 Al-Baqarah 3 285-286
    7 Ali-Imran 3 18-19
    8 Al-’Araf 8 54-56
    9 Al-’Araf 9 117-122
    10 Yunus 11 81-82
    11 Toha 16 69
    12 Al-Mukminun 18 115-118
    13 As-Soffaat 23 1-10
    14 Al-Ahqaaf 26 29-32
    15 Ar-Rahman 27 33-36
    16 Al-Hasyr 28 21-24
    17 Al-Jin 29 1-9
    18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
    19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
    20 An-Naas 30 Seluruhnya



* Bagi untuk mendapatkan kesembuhan 
yang maksimum bila mendengar
 mp3/cd ruqyah ini,sila pejamkan 
mata dan dengar sehingga tamat tanpa 
mengikut bacaannya dimulut ataupun dihati. *


Perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan 
pejamkan mata. Perhatikan semasa 
proses bacaaan sehingga 
selesai bacaan selesai .. jika terdapat 
tanda-tanda berikut:-


1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom 
diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni 
tubuh anda. 
Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam 
tubuh kita akan bergerak melalui saluran 
darah kita,
ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab 
dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir 
dalam darah kita lalu menyebabkan 
degupan jantung kita bertambah kencang.
Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan 
mereka akan membuatkan kita mengantuk amat
sangat apabila mendengar mp3 ruqyah syar'iyah ini. 
Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.



# Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan 
yang lebih mahir untuk mengesahkannya 
dan berubatlah secepat mungkin sebelum 
ia merebak menjadi lebih teruk. # 

Hayati Dan Kaji Maksud Setiap Bacaan Solat, Insyaallah Solat Akan Bertambah Khusyuk 100%



Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.


Di kalangan kita ada orang-orang yang telah berpuluh tahun menunaikan solat tetapi sehingga hari ini masih belum mengerti maksud setiap bacaan dalam solat itu sendiri. Hal ini terjadi kerana kita kurang mengambil berat tentang makna bacaan tersebut. Padahal dengan memahami bacaan dalam solat, ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk menunaikan solat.

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu 
di akhiratoleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain.

Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) 
orang-orang yang lalai dari solatnya."
Surah al-Ma'un : ayat 4-5

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi 
yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu 
lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam
sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu 
merupakan
"munajat" (berdialog dan berbisik) 

seorang hamba 

terhadap Tuhannya.


Doa Iftitah

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا

Allah Maha Besar sebesar-besarnya.


وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Dan maha suci Allah siang dan malam.

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ
Kuhadapkan mukaku, kepada yang 
menjadikan langit dan bumi

حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن .
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah 
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, 
hidupku dan matiku kuserahkan 
hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. 
Dan dengan demikian aku ditugaskan,
dan aku adalah dari golongan 
orang-orang Muslim (Islam).



Al-FATIHAH


أعوذ باالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah yang 
Maha Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan seluruh alam
الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
مَالِكِ يَومِ الدِّينِ
Yang Menguasai Hari Akhirat (Hari Pembalasan)
اِيَّاكَ نَعبُدُ وَاِيَّاكَ نَستَعِينُ
Hanya kepada Engkaulah kami sembah (tidak kepada selain-Mu) 
dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
(tidak kepada selain-Mu)
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (benar)
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan 
bukanlah jalan orang yang Engkau murkai 
(seperti Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (seperti Nasrani)



Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia

dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan Ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi 
dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud



رَبِ ّاِغْفِرْليِِْ
Ya Allah, ampunilah daku,

وَارْحَمْنِيْ
Rahmatilah daku,

وَاجْبُرْنِيْ
Kayakan daku,

وَارْفَعْنِيْ
Angkatlah darjatku,

وَارْزُقْنِيْ
Rezekikan daku,

وَاهْدِنِيْ
Berilah aku hidayah,

وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Sihatkanlah daku dan Maafkanlah akan daku.





Bacaan Ketika Tahiyat Akhir


التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ

Segala penghormatan yang berkat solat 
yang baik adalah untuk Allah.

، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya.

السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba 
Allah yang soleh.

. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan 
Allah dan aku naik saksi bahawasanya 
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas 
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas 
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى
 سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
Berkatilah ke atas Muhammad dan 
atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim

فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji 
lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu. 

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.

Pengikut