Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan
La Haula Wala Quwwata illa billahi,
maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit.
Yang paling ringan adalah kebimbangan”.
(Hadis Riwayat Tabrani)
Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath
dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata
Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha
al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.
Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah
dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan
agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam
beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa:
“Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni
wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak,
gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah
SAW berdoa:
“Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan,
wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni
wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal
(yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada
penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada
penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada
pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada
timbunan hutang dan penindasan orang.”
Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan
kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut
‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’.
Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu
kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain
Allah SWT.
Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang
kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi
berkata:
“La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan
untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai
hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan
bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk
menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai
daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya
melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.
Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata:
“Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata
kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu
satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga?
Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda:
“La Haula wala Quwwata illa billah.”
Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah
SAW bersabda kepadaku:
“Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari
perbendaharaan syurga? Saya menjawab:
“Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda:
La haula wala quwwata illa billah.”
Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW
bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud)
La haula wala quwwata illa billah?
Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.
Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya)
dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan
kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati
Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian
Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda:
“Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril
daripada Tuhan.”
Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau
berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi
penyembuh, tetapi sekiranya kita banyakingat kepada manusia
ia boleh menjadi penyakit.
0 ulasan:
Catat Ulasan