Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu
dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada
penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat
al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan
keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu
agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga
malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan
perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah
SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah
SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang
dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh
dijadikan teladan.
0 ulasan:
Catat Ulasan