Khamis, Oktober 13, 2011

KriteRia LelaKi Yg Paling IdeaL

Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.


Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.


Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.


Selasa, Julai 19, 2011

Orang yang SELAMAT dan mendapat petunjuk ALLAH

1. Bila diuji lalu bersabar

2. Bila diberi nikmat lalu bersyukur

3. Bila dizhalimi (orang lain) lalu memaafkan

4. Bila menzhalimi (diri/orang lain) lalu beristighfar

(HR. Al-Baihaqi)

Isnin, Jun 27, 2011

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Jumaat, Jun 17, 2011

Kunci

Kunci kemuliaan
adalah
taat kepada Allah dan RasulNya.

Kunci rezeki
adalah
berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.

Kunci syurga
adalah mengEsakan Allah (Tauhid).

Kunci iman
adalah
merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya

Kunci kebaikan
adalah
kejujuran.

Kunci kehidupan hati
adalah
merenungkan Al-Qur'an, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

Kunci ilmu pengetahuan
adalah
tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik.

Kunci kemenangan dan kejayaan
adalah
sabar.

Kunci kebahagiaan
adalah
taqwa.

Kunci bertambahnya nikmat
adalah
bersyukur.
Kunci mencintai akhirat
adalah
zuhud terhadap duniawi.

Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah SWT
adalah
berdoa.

Isnin, Jun 13, 2011

7 Kalimat untuk diamalkan oleh seorang muslim

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

Khamis, Jun 09, 2011

Ibadat dalam diam-diam

Dirawayatkan dari Nabi s.aw:

Apabila sudah hari kiamat,
maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan
mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.

Penjaga syurga bertanya kepada mereka:
Siapakah kamu sekelian?

Mereka menjawab:
Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w.

Penjaga syurga bertanya:
Apakah kamu mengetahui hisab?

Mereka menjawab:
Tidak

Kemudian penjaga syurga bertanya lagi:
Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)?

Mereka menjawab:
Tidak

Penjaga syurga bertanya lagi:
Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini?

Mereka menjawab:
Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia,
maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.

Khusyuk dalam Solat

Antara pandangan ulama, untuk khusyuk di dalam solat :

1: Perbaiki wuduk

2: Menunggu solat

3: menjaga mata dan mulut

4: Perbanyakan solat sunat

5: Banyak berzikir dan membaca Quran sebelum solat.

7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari

Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:

1. Tahajjud Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah

Pengikut