Selasa, Mei 04, 2010

Ayat-ayat As-Syifa'

Dibaca untuk kesihatan badan dan sembuh dari penyakit. Antara senjata untuk melawan penyakit, gangguan manusia dan jin. Hafazkan, Insya-Allah kamu akan menjadi insan berguna. Berjuang demi Islam yang sebenar.

  1. Al-Fatihah
  2. Al-Baqarah ayat 1-5
  3. Al-Baqarah ayat 163-164
  4. Al-Baqarah ayat 225
  5. Al-Baqarah ayat 285-286
  6. Ali-Imran ayat 18-19
  7. At-Taubah ayat 14-15
  8. Surah Yunus ayat 57
  9. An-Nahl ayat 69
  10. Al-Isra' ayat 82
  11. Ays-Syu'ara' ayat 78-80
  12. Al-Ikhlas
  13. Al-Falaq
  14. An-Nas

Sabtu, April 17, 2010

Qarin

Qarin adalah jin yang diciptakan Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali, cuma qarin Rasulullah s.a.w. adalah muslim, manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya, qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat hendak membaca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini, Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimana pun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Carannya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.


Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh sedangkan qarin akan terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimana pun, apabila tiba hari akhirat nanti, maka kedua-duanya akan dihadapkan kehadapan Allah s.w.t. untuk diadili, tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Sumber dipetik dari buku : Jin Hakikat & Pengubatan oleh Dato' Haji Ismail Kamus

Diterbitkan oleh : Telaga Biru Sdn. Bhd.,

Sabtu, April 10, 2010

Kejadian Jin

Jin merupakan sebahagian daripada makhluk ALLAH s.w.t., Allah s.w.t. menciptakan Jin daripada api sebelum Nabi Adam a. s.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada lumpur yang hitam, yang berubah bentuknya (warna dan baunya). Dan Jin KAMI jadikannya sebelum itu daripada api yang panas".
- Surah Al-Hijr : 26-27

Isnin, Mac 15, 2010

Darul bererti tempat, dewan atau negara

Intifada berasal (bahasa Arab: انتفاضةintifadah, "melepaskan diri") ialah satu istilah Arab yang bererti penentangan atau pemberontakan

Pengikut